Pagi tadi, ada seorang sahabat saya telah bertanya satu soalan psikologi yang saya kira sangat menarik. Ianya bukan sembarangan soalan kerana daripada jawapan yang diberikan, anda dapat mengetahui sebab mengapa seseorang itu memilih pasangan mereka. Walaupun ia cuma ramalan psikologi, namun ada juga kebenarannya. Nak tahu apa soalan tersebut? Baik, saya kongsikan dengan anda.
Soalannya berbunyi begini. Ada 5 perkara berlaku serentak.
1.Air mendidih kat dapur.
2..Air paip melimpah kat bilik air.
3.Bayi menangis.
4.Telefon berbunyi.
5. Ada orang ketuk pintu.
Kalau anda diberi pilihan, apakah perkara yang anda akan 'settle' kan terlebih dahulu? Anda dikehendaki untuk susun perkara 1 ~ 5 tersebut mengikut kepentingan dan keutamaan yang anda fikirkan. Semua perkara tersebut mestilah diselesaikan. Susunlah ikut perkara yang anda rasa lebih penting untuk diselesaikan dahulu.
Bayangkan anda sedang mengalami keadaan seperti itu sekarang. Fikirkan dan timbangkan, apakah perkara yang anda akan selesaikan mengikut keutamaan anda.
Fikir...
Fikir....
Fikir...
Fikir...
Fikir...
OK, dah habis fikir dan buat keputusan? Nak tahu apakah fakta terselindung disebalik jawapan yang anda berikan?
Baik, mari kita semak jawapan anda... apakah ciri/sifat/perkara yang anda utama dan pentingkan dalam memilih pasangan anda..
* Kalau anda memilih untuk menutup air medidih : menandakan anda mementingkan keselamatan dan kebolehan 'si dia' untuk membimbing anda.
* Kalau anda memilih untuk menutup pili air yang melimpah di bilik air : menandakan anda mementingkan kekayaan,wang ringgit dan harta.
* Kalau anda memilih untuk memujuk bayi yang menangis : menandakan anda mementingkan cinta dan kasih sayang.
* Kalau anda memilih untuk mengangkat telefon yang sedang berbunyi : menandakan anda mementingkan akhlak, budi bahasa dan perlakuan pasangan anda.
* Kalau anda memilih untuk membuka pintu : menandakan anda mementingkan rupa paras, fizikal luaran dan personaliti pasangan anda.
Haaa macammana dengan keputusan anda? Bagus? Anda boleh bertanya soalan ini kepada rakan-rakan anda untuk mengetahui apakah perkara-perkara yang mereka utamakan dalam memilih pasangan hidup.
Selamat Mencuba.
Kalo nak tau, jawapan saya masa kawan saya tanya soalan ni, saya jawap macam ni...
"hello, kejap eh...anak nangis nak amek anak jap". pas amek anak masuk bilik air tutup air, air mendidih tu takper cerek letrik mati sendiri :), pastu tengok saper kat pintu, pastu sambung balik ckp kat tepon...hehehe
Notakaki: Itu adalah jawapan dari seorang loyar buruk :p Tapi, kesimpulannya, saya memilih untuk menjawab telefon dulu, iaitu saya mementingkan akhlak, budi bahasa & perlakuan pasangan, kemudian saya memilih untuk memujuk bayi yang menangis, iaitu saya mementingkan cinta & kasih sayang. Yang ketiga saya memilih untuk menutup pili air yang melimpah di bilik air, iaitu kekayaan, wang ringgit & harta yang ketiga pentingnya. Saya tidak fikir pun pasal keselamatan & kebolehan sidia untuk membimbing saya sebab saya biarkan jek "cerek letrik tu mati sendiri...heheh...akhir sekali baru saya pentingkan rupa paras, fizikal luaran & personaliti pasangan saya sebab saya pilih untuk bukak pintu tengok siapa kat pintu tu last sekali...tetapi tertakluk balik kepada akhlak, budi bahasa & perlakuannya....sebab saya sambung balik cakap kat telefon :D


.gif)
1 comment:
kalo sy pilih 3,1,2,4,5
amik baby..tutup api..tutup air paip,jwp tepon..br bukak pintu..hehe...
Post a Comment